Zarina Anjoulie Tayang Kekasih Baru, Ukir Tatu Nama Di Dada

Zarina Anjoulie Tayang Kekasih Baru, Ukir Tatu Nama Di Dada

Belum lagi reda dengan kontroversinya buka tudung dan tayang payudara, nampaknya nama pelakon sensasi Zarina Anjoulie sekali lagi menjadi bualan ramai apabila berkongsikan gambarnya dengan kekasih baru pula.

Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki berkenaan mempunyai ukiran tatu beberapa nama di dadanya dan turut kelihatan nama Zarina. Menurut beberapa sumber, lelaki berkenaan merupakan seorang duda.


Difahamkan, salah satu nama di dadanya kelihatan seperti dipotong adalah nama bekas isterinya, manakala Mason dan Camilla adalah nama anak-anaknya.

Nampaknya, Zarina sedang meniti saat bahagia bersama kekasih. Apa pun kami doakan semoga yang dibina berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

Untuk rekod, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu menemui titik noktah pada Disember 2016. -rotikaya

Komen