YUSSOF YACOB: 54% SEKOLAH DI SABAH UZUR, KEADAAN ASRAMA MENYEDIHKAN

YUSSOF YACOB: 54% SEKOLAH DI SABAH UZUR, KEADAAN ASRAMA MENYEDIHKAN

Salah sebuah asrama di Sabah.

SIPITANG: Sekurang-kurangnya 54.5% sekolah di Sabah disifatkan berkeadaan uzur serta perlu disenggara dan diperbaiki dengan segera.

Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah Datuk Yussof Yacob berkata terdapat 3 tahap keuzuran iaitu tahap 1 yang melibatkan sekolah dibina lebih 30 tahun lepas, tahap 2 yang dibina lebih 40 tahun dan tahap 3 yang dibina lebih 50 tahun lepas menggunakan struktur kayu.

“Saya sudah berjumpa dengan ketua menteri dan menteri pendidikan persekutuan berhubung isu ini untuk memintanya diberi perhatian segera demi kebaikan murid dan guru,” katanya kepada pemberita selapas majlis penyampaian insentif Pretasi Cemerlang Staf Ritz Supplier hari ini (Ahad).

Yussof berkata para pegawai kementerian mendapati ada sekolah di kawasan tertentu terpaksa mengamalkan konsep “sekolah kongsi” kerana kekurangan bilik darjah di mana kelas bagi sekolah rendah dikongsi dengan pelajar sekolah menengah.

Dr Yussof Yacob, kanan, berkata terdapat asrama yang mengalami kerosakan dan kemudahannya dalam keadaan menyedihkan.

“Terdapat pelajar sekolah rendah dan menengah yang berkongsi sekolah, bukan sahaja di luar bandar, tetapi juga di Tawau. Kita perlu selesaikan isu ini,” katanya.

Beliau berkata terdapat juga asrama di beberapa sekolah yang mengalamai kerosakan dan kemudahannya berada dalam keadaan menyedihkan.

“Asrama sekolah ini berada dalam keadaan menyedihkan, katilnya perlu diganti, apa yang boleh dikatakan ialah secara keseluruhan serba-serbi tidak cukup,” katanya.

Menurut Yussof, rumah guru juga ada yang berkeadaan uzur, tiada bekalan elektrik dan air serta mengalami masalah dari segi perhubungan.

“Isu mendesak ini sudah lama tidak diambil peduli, mungkin tiada insiatif untuk menanganinya,” kata beliau.

Yussof berkata sekiranya isu itu terus tidak ditangani, ia akan memberi kesan buruk terhadap ekosistem pengajaran.

“Kita perlu wujudkan ekosistem lebih baik dan sihat di sekolah dengan menyediakan kemudahan lebih baik dari semua aspek, termasuk tembusan internet dan kemudahan perhubungan.

Beliau berkata 37 daripada sejumlah 1,296 sekolah berkeadaan uzur sudah dibaiki melalui seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala 83 sedang dibaiki.

Katanya, Kementerian Pendidikan mengamalkan pendekatan untuk menyelesaikan masalah sekolah uzur dengan menggunakan struktur berkonsepkan “siap buat” atau sistem binaan industri (IBS).

Pada 16 September, Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata kementerian komited untuk menyenggara dan membaiki sekolah buzur dalam masa 5 tahun. –borneotoday.net

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *