Yazit sudah tiada

Yazit sudah tiada

BEKAS pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 11.53 pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh rakan baiknya, Ashaari Mohd Nasir menerusi kenyataan yang dihantar kepada media.

Difahamkan, mesin bantuan pernafasan ditanggalkan pada jam 11.46 pagi tadi.

Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3.45 pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Sebelum ini arwah pernah dimasukkan ke hospital sama pada 3 September lalu akibat masalah pernafasan tetapi dibenarkan keluar dua hari selepas itu.

Arwah meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati untuk solat jenazah.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Taman Selasih selepas Zohor. -hmetro

Komen