#WeBelangTogether: Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki

#WeBelangTogether: Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki

Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas berjaya mengikat Thailand 2-2.

KUALA LUMPUR: : Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.

Gol pertama skuad Harimau Malaya itu dijaringkan oleh Muhammad Syahmi Safari pada separuh masa pertama.

Manakala gol kedua pula dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71.

Perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, berakhir dengan kedudukan seri 0-0. -astroawani

Komen