WANITA MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DARI BATANG SABIT BESI

WANITA MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DARI BATANG SABIT BESI

LAHAD DATU; 26 JUN 2019 (Rabu) – Seorang wanita maut dipercayai terkena renjatan eletrik semasa mengambil mangga mengunakan batang sabit besi berhampiran rumahnya di Kampung Terusan Jalan Silam, tengah hari tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Julkiflie Harry yang dihubungi pemberita RTM berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu kira-kira pukul 12.04 tengah Hari.

Sejurus selepas itu, sepasukan 10 anggota yang diketuainya kemudian respon ke lokasi kejadian menggunakan EMRS Dan jentera FRT.

Sebaik tiba, pihaknya mendapati mangsa berumur 50-an itu terbaring dipercayai meninggal dunia akibat terkena aliran elektrik yang mengalir di batang besi terbabit.

Operasi kemudian ditamatkan pukul 1.39 tengah hari.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor yang turut dihubungi RTM, mengesahkan kejadian itu.

#BESTAWAUfm

Komen