TUKANG CUCI KERETA MAUT, RAKAN CEDERA DUA MOTOSIKAL MASING-MASING DITUNGGANG TERBABIT KEMALANGAN DI TAWAU

TUKANG CUCI KERETA MAUT, RAKAN CEDERA DUA MOTOSIKAL MASING-MASING DITUNGGANG TERBABIT KEMALANGAN DI TAWAU

TAWAU; 7 OKTOBER 2019 (2019) – Seorang pekerja sebagai Tukang cuci kereta maut manakala rakannya cedera selepas dua motosikal yang masing-masing ditunggang mangsa terbabit dalam kemalangan dengan sebuah jip di hadapan sebuah sekolah jenis Kebangsaan di Jalan Sin On, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa berumur 16 tahun meninggal dunia di Hospital, Sementara rakannya yang juga bekerja sebagai Tukang cuci kereta berumur 16 tahun patah tulang jari kaki sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam kenyataan berkata, kemalangan berlaku selepas kedua-dua Penunggang motosikal dalam perjalanan ke arah bandar manakala jip yang dipandu Warga emas berumur 65 tahun berkenaan dari Taman Sani ke Taman Meteor.

Beliau berkata, apabila ditempat kejadian, rakan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai secara tiba-tiba melanggar motor ditunggang mangsa maut sehingga menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan.

Katanya, pemandu jip berkenaan yang melalui jalan terbabit tidak dapat mengelak akibat jarak terlalu dekat dan melanggar mangsa.

Menurut ACP Peter, mangsa kemudian disahkan maut semasa di Hospital Tawau dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BESTAWAUfm

Komen