Tujuh senior tingkatan lima disyaki rogol bergilir-gilir pelajar tingkatan dua

Tujuh senior tingkatan lima disyaki rogol bergilir-gilir pelajar tingkatan dua

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku pada Jumaat di salah sebuah sekolah menengah di daerah itu.- Astro AWANI

TAWAU: Tujuh pelajar lelaki yang kesemuanya berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam perbuatan merogol bergilir-gilir seorang pelajar perempuan tingkatan dua di Tawau pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku pada Jumaat di salah sebuah sekolah menengah di daerah itu.

Kesemua tujuh pelajar tingkatan lima itu dan mangsa adalah dari sekolah yang sama.

Menurut beliau, perbuatan itu diketahui apabila salah seorang guru menjumpai mereka di lokasi kejadian.

“Kesemua suspek berjaya ditangkap pada hari yang sama dan direman selama tiga hari mulai hari ini,” katanya. -astroawani

Komen