Troyhead brotherhood MC Tawau

Troyhead brotherhood MC Tawau

Kelab Sukan Permotoran Bersaudara Tawau yang ditubuhkan pada 23 Januari 2017 lepas telah melantik Ahli Lembaga Sukan Negeri Sabah Tony Tahah sebagai penaung kelab mereka.

Kelab yang memiliki seramai 36 orang ahli itu ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan antara ahli selain menjalankan pelbagai aktiviti permotoran.

Pengerusi Kelab Sabarudin Nyompa telah menyerahkan vest kepada Tony dalam satu majlis ringkas baru baru ini sebagai tanda pelantikan beliau sebagai penaung kelab.

Kelihatan Tony (duduk empat kiri) bergambar bersama ahli kelab berkenaan. -Oleh SHAMRY M SANI

Utusan Borneo

Troyhead Brotherhood MC juga dikenali sebagai Kelab Sukan Permotoran Bersaudara Tawau adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Belia Dan Sukan, yang mana aktif dalam persada Sukan motorsikal berkuasa tinggi di daerahTawau khasnya.

Komen

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *