Trak Malaysia’ buat Palu tersenyum

Trak Malaysia’ buat Palu tersenyum

Sebanyak 10 trak misi kemanusian bencana dari Malaysia memasuki Kota Palu untuk mengedar bantuan seperti kelengkapan solat, makanan, pek kebersihan, susu bayi dan tuala wanita. – Bernama

PALU: Senyuman manis terukir di wajah penduduk dengan kehadiran 10 buah ‘trak Malaysia’ di jalanan Kota Palu berlatarkan runtuhan bangunan di sini hari ini.Senyuman itu penuh bermakna, namun mudah untuk menterjemah apa makna di sebaliknya.Kegembiraan, kelegaan dan kesyukuran, itulah yang dapat wartawan tafsirkan mengenai senyuman itu, sesuatu yang sekian lama hilang sejak warga kota ini diuji dengan tragedi gempa bumi dan tsunami pada 28 Sept lalu.

Ini kerana, ‘trak Malaysia’ yang dibaluti Jalur Gemilang itu membawa muatan berupa barangan keperluan iaitu 3,000 pek makanan, 2,000 pek kebersihan (hygiene pack), 2,000 pek solat mengandungi sejadah dan telekung selain susu bayi, susu ibu mengandung, lampin bayi dan tuala wanita.Sebahagian kanak-kanak melambaikan tangan mengucapkan terima kasih kepada konvoi misi kemanusian bencana yang diketuai oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Jalan Malonda Kota Palu hari ini. – Bernama

Bantuan itu merupakan sebahagian daripada program misi kemanusiaan kali kedua oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).Jelas, bantuan ini tiba tepat pada masanya, di saat penduduk semakin kesempitan keperluan asas dan masih berusaha untuk bangkit daripada tragedi menyayat hati itu.Trak yang membawa bekalan itu selamat tiba di Palu selepas menempuh perjalanan darat sejauh lebih 900 kilometer dari Makassar dengan perjalanan memakan masa kira-kira 37 jam.Kesemua barangan bantuan berkenaan akan diedarkan sepenuhnya kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di kawasan sekitar Palu pada esok.– BERNAMA

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *