TLDM di Sabah alami perubahan mantap

TLDM di Sabah alami perubahan mantap

SEMPORNA, 9 Nov (Bernama) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengalami perubahan yang begitu mantap di negeri ini khususnya melibatkan menempatan aset dan anggota bagi mengukuhkan aspek keselamatan di perairan Sabah.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata penubuhan Markas Pemerintahan Armada Timur di Kota Kinabalu antara bukti jelas perubahan oleh TLDM.

Katanya, begitu juga pemindahan Markas Wilayah Laut 2 dari Sepanggar ke Sandakan yang bertujuan memperkukuh keselamatan dan memperkuat kehadiran anggota di pantai timur Sabah.

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *