TIKET SUKU AKHIR SABAH VS KELANTAN LARIS

KOTA KINABALU: Jualan tiket bagi menyaksikan perlawanan suku akhir antara Sabah dan Kelantan di Stadium Likas malam ini mendapat sambutan hangat daripada peminat bola sepak negeri ini.Kebanyakan peminat telah mendapatkan tiket mereka sejak semalam sebaik sahaja kaunter tiket dibuka seawal pukul 9.Menurut Presiden Bola Sepak Sabah (Sabah FA) Alijus Sipil, sambutan amat menggakkan apabila sebanyak 10,000 tiket telah terjual semalam.

Beliau berkata, hari ini sebanyak 12,000 lagi tiket berharga RM10 dan RM20 dijual dan peminat boleh mendapatkannya sebelum habis kerana tidak ada tambahan tiket buat masa ini.“Sehingga pukul 12 tengah hari ini lebih 7,000 tiket perlawanan suku akhir sudah dijual dan pembelian hari ini mungkin dibuka sehingga tamat perlawanan masa pertama.

“Sebenarnya kita tidak menyangka penjualan tiket untuk perlawanan malam ini amat laku, tapi kami tetap gembira dengan sokongan ditunjukkan oleh peminat skuad Badak,” katanya kepada SabahNewsToday.

Alijus berkata, program cabutan tiket bertuah akan diadakan untuk penonton pada malam ini.

Katanya, peminat juga dinasihatkan agar datang seawal pukul 5 petang untuk mengelak kesesakan di Stadium Likas menjelang perlawanan tersebut.

“Saya berharap orang ramai yang telah membeli tiket datang awal supaya berebut-rebut atau terlalu berasak-asak untuk masuk ke dalam stadium nanti,” katanya.

Sabah akan melayani kunjungan Kelantan dalam perlawanan penentuan bagi pasukan yang layak beraksi ke separuh Piala Malaysia musim ini

Credit: sabahnewstoday.com

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *