TIKAM – POLIS BERKAS TUJUH LELAKI, BURU TIGA LAGI SUSPEK

TIKAM – POLIS BERKAS TUJUH LELAKI, BURU TIGA LAGI SUSPEK

Gambar/ INFO BES TAWAUfm

TAWAU; 07 DISEMBER 2018 (Jumaat) – Polis berjaya memberkas tujuh individu termasuk suspek utama yang menikam seorang lelaki selepas dipercayai merusuh menggunakan senjata dalam kejadian di lorong Jalan Merdeka 3 dan hadapan sebuah Bank dekat Fajar, ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus dalam kenyataan berkata, kesemua suspek berumur 21 hingga 39 tahun iaitu empat tempatan dan tiga pendatang Asing Tanpa Izin (PATI ) berjaya ditangkap menerusi Ops Cantas Khas di enam lokasi berbeza sekitar Tawau.

Sementara itu katanya, tiga lagi suspek dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun yang turut terlibat dalam pergaduhan tersebut sedang diburu oleh pihak polis.

ACP Fadil berkata, enam suspek yang ditangkap didapati Positif Dadah serta mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau termasuk kes dadah, jenayah keganasan dan hartabenda serta kesalahan dibawah Akta Imigresen.

Beliau berkata, kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat dibawah Seksyen 117 KPJ.

Mengulas lanjut, dalam kejadian ahad lepas, seorang lelaki berumur 23 tahun cedera ditikam menggunakan pisau berukuran lapan inci diperut kanan dengan kesan tikaman satu sentimeter, luka di perut kiri dan pipi kiri.

Menurut ACP Fadil, mangsa yang kini masih dalam rawatan dan dalam keadaan stabil.

Sumber: #BESTAWAUfm

Komen