TIGA WARGA AMERIKA SYARIKAT MASIH DALAM TAHANAN IMIGRESEN UNTUK SIASATAN LANJUT: CHRISTINA

TIGA WARGA AMERIKA SYARIKAT MASIH DALAM TAHANAN IMIGRESEN UNTUK SIASATAN LANJUT: CHRISTINA

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar masih menjalankan siasatan berkaitan kejadian tiga warga Amerika Syarikat yang ditahan di Lapangan Terbang Tawau selepas gagal menunjukkan laporan kemasukan sah ke negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Pengarah Imigresen Malaysia (JIM) Sabah namun siasatan kini masih giat dilaksanakan.

“Lelaki bersama dua kanak-kanak lelaki dan perempuan ini masih berada dalam tahanan Jabatan Imigresen bagi siasatan lanjut.

“Kesalahan dilakukan ini berat kerana masuk ke negara ini khususnya Sabah secara haram selain tidak memiliki cop pengesahan pada passport,” katanya ketika ditemui pada sidang media sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 di sini, hari ini.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri memberitahu, Jabatan Imigresen boleh melaksanakan tindakan sewajarnya ke atas mereka seperti mengenakan kompaun selepas selesai siasatan.

Menurut beliau kementeriannya akan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini berkaitan kes ini daripada semasa ke semasa.

Terdahulu, tiga individu warga Amerika Syarikat dipercayai sekeluarga tiba di Ibu negeri ini menggunakan pengangkutan udara sebelum ke Indonesia menggunakan laluan laut.

Semua warga asing berkenaan dipercayai kembali semula ke Tawau menggunakan bot dan meneruskan perjalanan menggunakan kapal terbang.

Bagaimanapun, tiga sekeluarga berkenaan ditahan kelmarin ekoran didapati tidak terdapat cop keluar masuk JIM sebelumnya. – SabahNews Today

Komen