TIGA NELAYAN ASING DITAHAN MENUNDA DI PERAIRAN LARANGAN

TIGA NELAYAN ASING DITAHAN MENUNDA DI PERAIRAN LARANGAN

TAWAU; 12 JANUARI 2019 (Isnin) – Tiga nelayan warga asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kerana melakukan kesalahan menangkap ikan di zon larangan kira-kira 1.54 batu nautika dari pantai Sungai Laba, pukul 9 pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, aktiviti menangkap ikan oleh bot pukat tunda dikawasan yang tidak sepatutnya itu berjaya dikesan bot Ronda PAR 11 semasa menjalankan tugas rondaan menerusi Operasi Gelora di kawasan laut sungai berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati juragan dan dua orang krew bot berumur 18 hingga 35 tahun itu memiliki pasport dari negara jiran.

Menurut ACP Mohamad Pajeri, tangkapan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perikanan Tawau untuk siasatan lanjut dibawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat-syarat lesen Perikanan iaitu menunda di kawasan larangan.

Sumber: fb markas operasi pasukan polis marin tawau

Komen