TIGA LARAS BEKAKUK, 5 SUSPEK BUNUH GAJAH DITAHAN

TIGA LARAS BEKAKUK, 5 SUSPEK BUNUH GAJAH DITAHAN

Tawau: Seramai lima lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seekor gajah pigmi yang ditembak di Felda Empat, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, semua suspek berusia antara 48 hingga 68 tahun itu, ditahan secara berperingkat dalam serbuan berasingan di lokasi sama.

“Turut dirampas 3 laras senapang termasuk jenis buatan sendiri (bekakuk), peluru hidup, kelongsong peluru dan telefon bimbit.

“Selain itu, pihak kami turut menemui gading gajah yang dipotong suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Turut hadir Pegawai Hidupan Liar Tawau, Sailun Aris.
Sumber: Borneotoday.net

Komen