TERKINI: Penyelam keluarkan kotak hitam

TERKINI: Penyelam keluarkan kotak hitam

JAKARTA: Penyelam Indonesia berjaya mengeluarkan kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lalu, kata seorang penyelam kepada media, hari ini.

“Kami mengorek di celah sisa pesawat serta dasar laut dan mengeluarkan kotak hitam itu,” kata penyelam dikenali sebagai Hendra kepada badan penyiar Metro TV di atas kapal Baruna Jaya.

Katanya, kotak hitam itu berwarna oren dan dalam keadaan sempurna. Namun dia tidak menyatakan sama ada barangan itu perakam data penerbangan atau perakam suara kokpit. – Reuters

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *