Tendang remaja: Dua koperal dikenal pasti

Tendang remaja: Dua koperal dikenal pasti

Keratan akhbar Sinar Harian hari ini.

KOTA BHARU – Dua koperal polis dikenal pasti terlibat dalam insiden menendang seorang remaja bermotosikal seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, siasatan secara dalam sedang dijalankan terhadap kedua-dua anggota trafik berusia 20-an terbabit.

“Identiti sudah dikenal pasti. Semakan terhadap kedua-dua koperal terbabit mendapati mereka baru setahun berkhidmat dalam PDRM dan kini di bawah pemantauan kita dan sedang disiasat.

“Walaupun belum menerima laporan daripada mangsa, kita tetap menjalankan siasatan secara dalaman dan saya serta seluruh anggota di kontinjen ini kesal dengan insiden yang berlaku,” katanya di sini, hari ini.

Sinarharian

Komen