Tawau Raretro 2018 Fun Drag Race

Tawau Raretro 2018 Fun Drag Race

Objektif utama TRED adalah untuk mengumpul peminat-peminat kereta lama dalam 1 masa di samping mengeratkan silatulrahim di antara sesama peminat kereta lama. Raretro Fun Drag Race merupakan salah 1 acara bagi pengisian TRED 2018 dan ianya bukan acara utama TRED 2018. Terbuka kepada kereta lama yang di keluarkan pada tahun 1984 dan sebelumnya sahaja. Sesiapa berminat menyertainya mestilah mendaftar sebagai peserta TRED terlebih dahulu iaitu yuran penyertaan TRED adalah sebanyak RM80. Pendaftaran boleh dibuat kepada saudara Caca 013-8338664 dan Acoq 010-5888813

Antara Kategori Yang Dipertandingkan

A : Carburetor <1.5 (1.5 dan ke bawah)
B : Carburetor >1.6 + Injection <1.5 & ke bawah)
C : Injection >1.6 (1.6 dan ke atas)
D : Turbo Street
E : Open Turbo

Syarat-syarat Penyertaan

– Terbuka kepada peserta TRED yang mendaftar sahaja (Yuran Pendaftaran TRED RM80.
– Kereta lama yang dikeluarkan pada tahun 1984 dan sebelumnya.
– Yuran penyertaan tambahan

Raretro Fun Drag Race adalah RM70 bagi setiap kategori.
– Yuran penyertaan adalah termasuk dengan insuran pelindungan nyawa.
– Pengukuran masa adalah menggunakan Cristmas Tree Race America dari Tawau Motorsport Association Sabah
– Peserta akan diberikan sebanyak 3 lap untuk setiap kategori
– Peserta terpantas akan dikira sebagai pemenang.
– Hadiah berbentuk throphy akan diberikan kepada pemenang dari no. 1 hingga 3.
– Peserta hendaklah berseluar panjang, berkasut (selipar tidak dibenarkan sama sekali), bertopi keledar (helmet), tali pinggang keledar (seat belt) malah dalam keadaan baik dan pemakaian glove tangan adalah digalakkan.
– Kategori A hingga D body lighten adalah tidak dibenarkan dan semua jenis tayar adalah dibenarkan kecuali jenis MT (balloon)

Untuk live video &lebih banyak gambar rujuk album di facebook mytawau

#tred2018

Komen