Tawau juara cipta sejarah sukan bola sepak LBR

Tawau juara cipta sejarah sukan bola sepak LBR

TAWAU mencipta sejarah merangkul kejuaraan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) musim 2017-2018 selepas menyingkirkan cabaran Rantau Panjang-EJD menerusi agregat 4-2.

Pemain dan pegawai Tawau meraikan kejayaan muncul juara LBR musim 2017-2018 setelah mengetepikan cabaran Rantau Panjang-EJD menerusi agregat 4-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Pada perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi, Tawau mengalahkan tuan rumah 2-1.

Terdahulu, dalam aksi perlawanan akhir pertama minggu lalu, wakil Sabah itu menewaskan Rantau Panjang-EJD dengan keputusan sama.

Kejayaan tersebut membolehkan pasukan dari kepulauan Borneo itu menjulang trofi selain membawa pulang RM100,000 manakala naib juara, Rantau Panjang-EJD menerima RM75,000.

Pemain gantian, Marwan Kadir muncul wira apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-76 dan masa kecederaan untuk membolehkan Tawau mengesahkan kejuaraan edisi ketiga itu.

Sebelum itu, pelawat ketinggalan 0-1 menerusi jaringan pemain tuan rumah, Mohd Shahril Fitri, pada minit ke-50.

Pengerusi LBR, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Rosmadi Ismail, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Afandi Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif LBR, Azizul Kamar Abd Rahman. Sinar harian

Untuk video https://youtu.be/kTgC4R8oXdw

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *