TAWAU CIPTA SEJARAH JUARA LBR MUSIM KETIGA

TAWAU CIPTA SEJARAH JUARA LBR MUSIM KETIGA

Tawau mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) musim 2017-2018 setelah menyingkirkan cabaran Rantau Panjang-EJD menerusi agregat 4-2.

Pada perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi, Tawau berjaya mengalahkan tuan rumah 2-1.

Terdahulu, dalam aksi perlawanan akhir pertama minggu lalu, wakil Sabah itu menewaskan Rantau Panjang-EJD dengan keputusan sama.

Kejayaan tersebut membolehkan pasukan dari Kepulauan Borneo itu menjulang trofi selain membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala naib juara, Rantau Panjang-EJD menerima RM75,000.

Pemain gantian, Marwan Kadir muncul wira apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-76 dan masa kecederaan untuk membolehkan Tawau mengesahkan kejuaraan edisi ketiga itu.

Sebelum itu, pelawat ketinggalan 0-1 menerusi jaringan pemain tuan rumah, Mohd Shahril Fitri, pada minit ke-50.

Pengerusi LBR, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Rosmadi Ismail, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Afandi Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif LBR, Azizul Kamar Abd Rahman.

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *