Tawau Catlovers Community Association

Tawau Catlovers Community Association

Tawau Cat Lover Community merupakan satu komuniti di daerah ini yang dibuat bertujuan bagi menghimpunkan mereka-mereka yang memepunyai rasa kasih sayang terhadap haiwan seperti kucing misalnya.

Komuniti ini juga menitik beratkan cara pemeliharaan kucing yang betul selain menjati dirikan untuk menyayangi kesemua jenis kucing samada baka jenis mahal atau kampung.

Banyak aktiviti telah dijalankan oleh komuniti ini. Antaranya beriadah ke pulau Bohey Dulang dan bertemu di luar bagi membincangkan hal-hal berkaitan kucing.

Tidak kurang juga hebatnya, komuniti ini turut mengadakan kerja amal seperti memberi makan kepada kucing terbiar yang berada di kawasan bandar. Aktiviti yang pernah dilakukan sebelum ini adalah aktiviti pertama dan akan dibuat dari masa ke semasa.

Untuk itu kepada anda pencinta kucing, anda boleh menyertai komuniti ini sambil beramah mesra sesama ahli. Anda boleh menyertainya dengan JOIN group FB mereka di Tawau Cat Lover Community dan setelah anda JOIN anda kenalah memperkenalkan diri selain memberikan no HP untuk dimasukkan ke dalam goup Whatsapp.

Pada 20hb yang lalu Tawau Catlovers Community Association telah mengadakan satu perjumpaan (gathering) bertempat di Taman Muhibbah Tawau yang dihadiri kira-kira 50 orang ahlinya.

Pengerusinya Encik Yusri berkata, tujuan perjumpaan ini diadakan bagi berama mesra sesama penggemar kucing selain membincangkan aktivit yang akan dijalankan.

Selain itu juga, perjumpaan kali ini turut meraikan kejayaan mereka selepas berjaya mendaftarkan persatuan atas nama Tawau Cat Lovers Community Association di Pertubuhan Pendaftaran (ROS).

Tawau cat lovers community

Ujar Yusri lagi, persatuan ini mengalu-alukan kepada warga Tawau khasnya pencinta kucing atau ingin memulakan hobi memelihara kucing untuk menjadi ahli di dalam persatuan ini bagi bersama-sama mengembangkan minat sekaligus bekerjasama dalam mengambil kisah terhadap kucing jalanan atau yang terbiar.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai persatuan ini anda boleh menghubungi pengerusinya Encik Yusri di talian
+60 14-374 1380 atau anda boleh melihat aktiviti dan perkongsian di Facebook Tawau Cat Lovers Community Association.

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *