TAWAU CATAT KEDUA TERTINGGI DENGGI DI SABAH, REKOD 515 KES, 5 KEMATIAN

TAWAU CATAT KEDUA TERTINGGI DENGGI DI SABAH, REKOD 515 KES, 5 KEMATIAN

TAWAU; 13 JULAI 2019 (Sabtu) – Sebanyak 2-ribu 707 kes demam denggi dikesan dalam tempoh Januari hingga 6 Julai iaitu peningkatan sebanyak 59.5 peratus atau 1010 kes berbanding 1-ribu 697 kes yang dicatatkan pada tahun lepas bagi tempoh yang sama di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, daripada 26 daerah di negeri ini, 18 daerah menunjukkan peningkatan kes denggi berbanding tahun lepas.

Katanya, Tiga daerah dengan bilangan kes yang tinggi adalah Sandakan iaitu 740 kes atau 27.34 peratus, diikuti Tawau 515 kes atau 19.02 peratus dan Kota Kinabalu iaitu 321 kes atau 11.86 peratus.

Beliau berkata, bilangan kematian akibat denggi di Sabah sehingga 6 Julai ini ialah 13 kes dan lima kes darinya yang dicatatkan adalah Tawau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Sukan Tawau.

Sambutan itu dirasmikan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Dr Jaujan Sambakung.

Jelas Dr Christina, Jabatan Kesihatan telah menjalankan pelbagai usaha bagi memerangi denggi antaranya menjalankan aktiviti kawalan, menjalankan operasi pemeriksaan tapak-tapak binaan serta meningkatkan aktiviti-aktiviti
pendidikan kesihatan.

Bagaimanapun katanya, usaha-usaha ini tidak akan dapat mencapai matlamat tanpa penglibatan daripada setiap lapisan masyarakat.

Sementara itu, Datuk Dr Jaujan yang turut ditemui pemberita berkata, pelbagai strategi untuk mengekang penularan wabak Denggi dilaksanakan termasuklah memperkasa dan memobilisasi Komuniti menerusi pelaksanaan program Communication For Behavioral Impact (COMBI).

Sehubungan itu, beliau berharap agar semua pihak bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan persekitaran rumah Sentiasa bersih dan bebas Sampah.

Turut hadir dalam Sambutan itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Kesihatan Awam Negeri, Dr Ismail Ali, Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G Navindran, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat dan ADUN Balung, Datuk Osman Jamal.

#BESTAWAUfm

Komen