TANGKAPAN DADAH DISYAKI JENIS SYABU OLEH BATALION 14 TAWAU

TANGKAPAN DADAH DISYAKI JENIS SYABU OLEH BATALION 14 TAWAU

Mabul , 9 Oktober 2018 jam lebih kurang 1420 hrs, sepasukan pegawai dan anggota PGA, Tawau dari Pos Platun Taktikal Pulau Mabul yang menjalankan tugas Op Taring telah membuat serbuan keatas sebuah rumah yang tidak bernombor di Kampung Musu Pulau Mabul. Hasil pemeriksaan didapati seorang lelaki dan seorang perempuan masing-masing berumur 29 tahun, berbangsa bajau dan tidak mempunyai pengenalan diri yang sah sedang berdiri di ruang tamu.

Pihak polis telah membuat pemeriksaan lanjut di sekitar dapur rumah berkenaan yang disaksikan sendiri oleh lelaki dan perempuan tersebut, telah menjumpai sebuah bekas plastik berwarna ungu berpenutup putih dan di dalamnya mengandungi 43 tiub (kuantiti 3.80 gram) paket plastik lutsinar kecil berisi hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu, 70 gulung foil aluminium.

Sumber fb

Komen