TANGAN CEDERA TERSEPIT MESIN PENGISAR TEBU

TANGAN CEDERA TERSEPIT MESIN PENGISAR TEBU

SELASA; 28 MEI 2019 (Selasa) – Seorang wanita berumur 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan selepas tangannya tersepit ke dalam mesin pengisar tebu di Kampung Sentosa Blok 5, Tawau pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.06 pagi berhubung kes tersebut dan bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS yang diketuai PBK II Kasdi Latimin bersama 6 orang anggota.

Menurut ketua operasi, mangsa mengalami kecederaan apabila tangan tersepit di dalam mesin tebu. Bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa dan memberi rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital oleh pihak Ambulan untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 10.40 pagi.

#BESTAWAUfm

Komen