‘Tambadau’ maskot baru Sabah

‘Tambadau’ maskot baru Sabah

Sabah tampil dengan identiti baru bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini dengan memperkenalkan maskot seladang atau lebih popular dengan panggilan “tambadau” dalam kalangan penduduk negeri itu.

Maskot baru itu diumumkan dalam majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

“Sudah pasti dengan pentadbiran baru SAFA, kami mahu melakukan perubahan termasuk menggunakan maskot Tambadau dan saya yakin ia akan memberikan impak kepada bola sepak Sabah,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, ketika diminta mengulas mengenai penggunaan maskot baru Sabah itu.

Sabah sebelum ini pernah menggunakan maskot badak atau lebih popular dengan nama Sabah Rhinos dalam kalangan penyokong mereka sejak pertengahan zaman 90an.

Bagaimanapun, pasukan itu menggunakan maskot helang atau SabahHawks dari 2010 hingga 2014, namun kembali menggunakan Sabah Rhinos pada 2015 hingga musim lalu.

stadium Astro

Komen