Tahun baru 2020 #myTawau

Tahun baru 2020 #myTawau

Assalamualaikum dan selamat malam.

2019 akan berlabuh tirainya dengan seribu kenangan suka dan duka. Banyak benda yang sudah terlaksana dan yang belum akan dibawa ke tahun 2020. Tidak sedar kita berada di hari 365 tahun 2019.

Kami di MyTawau telah melalui banyak ragam followers yang mengikuti page ini sepanjang wujudnya bermula 2009. Pujian atau kecaman sudah menjadi lumrah sebagai pengendali yang akan direspon dgn baik.

Walau kami bukan lah official page bagi daerah Tawau, namun kami beranggapan tugasan kami dalam menyampaikan infomasi atau perkongsian satu kewajipan yang tidak pernah terhenti. Kami sukakan benda ini kerana dengan adanya medium ini secara tidak langsung kami berada dekat dengan anda.

Asal anda semua tahu bahawa kami tidak pernah mendapat tajaan atau bayaran dari mana2 pihak dalam mengendalikan page ini sepanjang 10 tahun. Ada yang beranggapan kami dibiayai oleh individu bagi meneruskan page ini, akan tetapi itu tidak benar.

Kami berikhtiar sendiri untuk mendapatkan dana a dengan mengadakan jualan letak iklan bagi peniaga2 yang ingin perniagaannya dimasukkan ke page ini. Iklan adalah sumber kewangan kami yang tidak seberapa cukup untuk beli data internet sudah memadai.

Terima kasih kepada semua peniaga yang membuat iklan berbayar kepada kami. Kami doakan perniagaan anda mendapat dimurahkan rezeki selalu.

Selain itu kami turut membuat barangan jenama MyTawau sendiri sepeti baju, sampul duit raya dan keychain. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan.

Kami berterima kasih kepada followers sebanyak 260 000 ini yang sentiasa memberikan respon dan komen terhadap semua post yang kami muat naik. Samada positif atau negatif respon itu, pada kami ianya baik kerana ada tindak balas dari followers.

Kami sentiasa memberikan balasan sekiranya berpeluang atau sempat terhadap inbox anda. Namun ratusan inbox diperolehi mungkin agak sukar kami melayani semua. Mana yang tidak berbalas kami mohon maaf.

Kami juga memerlukan anda dalam perkongsian infomasi bagi dihebahkan d page ini asal ianya baik buat masyarakat Tawau khususnya.

Umum tahu, 95% kehilangan mykad terutamanya berjaya ditemukan semula kepada pemiliknya hasil dari hebahan page ini kemudian dikongsikan bersama followers. Begitu juga dengan kejayaan tahun ini berjaya menemukan tiga keluarga yang terpisah hampir 24 tahun 17 tahun dan 14 tahun. Semua ini hasil perkongsian anda. Terima kasih diucapkan.

Banyak lagi perkara manis bersama anda. Tanpa anda kami tidak akan berada sampai hari ini. Kami tidak pernah bosan dengan mengendalikan page ini walau tanpa ada bayaran. Kalau ada kami layan bha. TnC. Hahahahahahahahahha.

Oleh yang demikian kami sekali ini memohon maaf atas apa yang kami lakukan. Samada pernah mengguris hati followers kami. Kami bukan manusia sempurna yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Maaf ya.

Jutaan terima kasih kepada semua followers MyTawau. Anda boleh mengikut kami di Instagram, Twitter dan YouTube dengan carian MYTAWAU.

Selamat tahun baru 2020. Semoga ALLAH S. W. T sentiasa merahmati kita semua.

Sedikit rentetan perkongsian gambar yang viral di Tawau sepanjang 2019.

*kami tidak bertanggungjawab terhadap komen dari followers di page ini.

Gambar sekitar 2019 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156597829567019&id=232331522018

Video :

#MyTawau

Komen