TAHAN 10 LELAKI, POLIS SELESAI 18 KES CURI, PECAH RUMAH DI SEMPORNA

TAHAN 10 LELAKI, POLIS SELESAI 18 KES CURI, PECAH RUMAH DI SEMPORNA

SEMPORNA; 26 JUN 2019 (Rabu) – Polis berjaya menyelesaikan 18 kes Jenayah pecah rumah dan curi hasil penahanan terhadap 10 lelaki di sekitar Semporna menerusi Operasi Bersepadu, khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supritendan Sabarudin Rahmat dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, dua lelaki merupakan Warga tempatan manakala lapan lelaki adalah Warga Asing berumur 23 hingga 60 tahun.

Beliau berkata, dalam Operasi bermula 10 malam hingga 5 pagi itu, pihaknya merampas empat televisyen, 10 telefon bimbit, tiga komputer riba, speaker, tiga unit amplifier, jam tangan, tiga tong gas, beg tangan dan sebuah motorsikal.

Katanya, kesemua mereka yang ditahancakan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang me peruntukan hukuman penjara 14 tahun dan mana-mana kesalahan kali kedua boleh di denda atau sebat jika sabit kesalahan.

#BESTAWAUfm

Komen