SYUKURI DAN NIKMATI APA YANG ADA

SYUKURI DAN NIKMATI APA YANG ADA

TAWAU_ 24 JANUARI 2020 | Kau beruntung tidak perlu berebut dengan anjing liar atau si tikus bandar untuk mendapatkan sisa makanan buangan. Kau juga tidak perlu menyelongkar tong sampah mendapatkan kotak dan tin minuman dengan tujuan menyarah hidup keluargamu.

Kau juga tidak perlu memikirkan di mana tempat yang selamat untuk tidur malam ini dan esok kerana tilam empuk tersedia di rumahmu. Anak kecilmu teruslah mendidiknya menjadi manusia hebat kerana di luar sana ada ramai kanak-kanak seusianya membanting tulang bekerja apapun untuk sebuah kehidupan sehingga awal pagi dan tidur di kaki lima.

Malam ini pasti kau tidur dalam kekenyangan selepas solat Isyak berjemaah. Di solat mu segala kemahuanmu kau minta untuk Allah tunaikan. Tapi kekusyukan mu itu bermunajat menyebabkan mungkin kau lupa peduli nasib si fakir yang tidur dalam kelaparan.

Alhamdulillah saat ini kau berada nun jauh di atas sana. Diskusimu isinya berapi api tentang membela rakyat kecil. Di sana sini kau terus berteriak memperjuangkan mereka. Mungkin enaknya duduk di kerusi itu kau lupa turun merakyat seperti isi diskusimu dan teriakanmu.

Syukur usahamu dalam empayar perniagaan selama ini tanpa jemu terus menerus maju. Ibarat wang cari wang kau hanya duduk diam. Syukur dan nikmati apa yang Allah pinjamkan.

Alhamdulillah kau juga beruntung dilahirkan dari rahim seorang ibu yang penuh kasih membesarkanmu. Keberuntunganmu bukan hanya terhenti di situ, tetapi ada extra yang masih engkau dapatkan iaitu otak mu yang super cerdik. Kecerdikanmu itu mampu terlihat bijaksana di mata manusia dalam membela kemiskinan dan kebodohan. Tapi sayang kau memanipulasi si miskin mungkin bagi mu itu satu kebijaksanaan yang terancang.

Aku yakin si fakir tetap mendoakanmu walau mereka menangis dalam senyum.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *