SUSPEK MOTORSIKAL CURI TUMPAS DALAM TEMPOH 24 JAM

SUSPEK MOTORSIKAL CURI TUMPAS DALAM TEMPOH 24 JAM

TAWAU, 21 April 2019 – Seorang lelaki warga tempatan ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dengan kehilangan sebuah motorsikal petang jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Nor Azizulkifli Bin Hj. Mansor berkata, bertindak atas maklumat sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau dalam menjalankan operasi OP Lejang telah menahan seorang lelaki berhampiran Restoran Sri Keningau Fajar yang sedang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, motosikal tersebut sempat diubahsuai. Namun itu tidak dapat mengaburi mata pihak Polis kerana hasil pemeriksaan nombor chasis dan nombor enjin mendapati motorsikal berkenaan sama seperti yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Siasatan awal mendapati suspek mencuri motosikal berkenaan dengan menggunakan kunci pendua yang telah diubah suai. Selain itu, suspek juga mengaku telah mengambil dadah jenis syabu pada hari yang sama.

Pemeriksaan rekod lampau, suspek pernah terlibat dengan beberapa kes dibawah seksyen 506 Kanun Keseksaan, seksyen 457 kanun keseksaan, seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958, seksyen 395/397 kanun keseksaan dan seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, satu laporan Polis telah dibuat pada 19 April 2019 kira-kira jam 1.56 petang, mangsa telah membuat laporan Polis menyatakan motosikal milik adik iparnya telah hilang disyaki dicuri oleh orang yang tidak dikenali.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Komen