Suspek jadikan budak tebusan ditembak mati

Suspek jadikan budak tebusan ditembak mati

SUSPEK lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan, 2, sebagai tebusan di Taman Telipok Ria, Tuaran, mati ditembak, 5.35 petang, hari ini.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan selepas suspek enggan menyerahkan kanak-kanak terbabit walaupun polis sudah melakukan usaha memujuknya.

Kedengaran beberapa das tembakan menyebabkan suasana di lokasi kejadian kecoh dan tegang, sebelum suspek disahkan ditembak mati.

Sejurus selepas itu, kanak-kanak terbabit dibawa turun dan dihantar ke hospital dengan ambulans.

Keadaan kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan setakat ini.

Kejadian bermula pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi apabila lelaki dianggarkan berusia 30-an dikatakan melarikan mangsa.

Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni di sini, membawa kanak-kanak terbabit ke sebuah rumah di tingkat 4, berdekatan rumah ibu bapa mangsa.

Polis kemudian mengepung rumah terbabit dan berusaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di dalam tandas di rumah berkenaan.

Sepasukan anggota polis lengkap bersenjata juga dihantar ke lokasi kejadian.

sumber : harian metro

Komen