Sukarnya cari pembeli Equanimity

Sukarnya cari pembeli Equanimity

Kapal mewah ‘Equanimity’ yang dipercayai milik seorang ahli perniagaan, Jho Low tiba di Terminal Bousthead Cruise Center, Pelabuhan Klang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 07 OGOS 2018.

LONDON – Melihat kapal mewah Equanimity pastinya membuat bilionair ‘terliur’ tetapi untuk mencari pembeli dalam kalangan mereka cukup sukar.

Equanimity sepanjang 300 kaki yang pernah dimiliki oleh Low Taek Jho atau Jo Low gagal dalam jualan lelongan pada tahun lalu selepas ia dirampas oleh Kerajaan Malaysia.

Kini ia masih berdampar di dermaga pangkalan tentera.

“Ia sangat sukar untuk mendapat pembeli di sana,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Burgess, Jonathan Beckett yang mengendalikan jualan kapal tersebut.

Malah, beliau mengakui cukup mencabar untuk memujuk pembeli di Monaco untuk melakukan perjalanan ke pelabuhan Itali di Genoa untuk melihat kapal layar.

Itu belum kira untuk ke Malaysia.

Dengan harga panduan sebanyak AS$130 juta, Equanimity adalah kapal layar terbesar yang tersenarai di laman web Burgess dan mempunyai pad helikopter, 22 bilik untuk 22, spa dan salun kecantikan.

Pada tahun lalu, kapal itu dinilai pada harga AS$250 juta tetapi mempunyai sejarah yang terkenal.

Ini kerana, Jho Low telah dinamakan sebagai individu utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mana berbilion dolar diselewengkan dalam syarikat pelaburan itu.

Equanimity dijual pada bulan Oktober selepas dirampas sebagai sebahagian daripada percubaan global untuk mendapatkan semula aset yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB.

Barang-barang lain yang dicari termasuk berlian bernilai AS$ 3.8 juta yang Jho Low berikan kepada aktres Miranda Kerr, serta lukisan Picasso bernilai AS$ 3.2 juta yang dihadiahkan kepada Leonardo DiCaprio.

Jho Low telah mempertahankan dirinya tidak bersalah dalam pertuduhan-pertuduhan termasuk penggubahan wang haram yang dihadapi oleh beliau.

Beliau telah didakwa di mahkamah tanpa kehadirannya.

Mahkamah Admiralty Malaysia empat bulan lalu telah memerintahkan kerajaan negara dan 1MDB mempunyai kawalan ke atas kapal tersebut.

Mahkamah itu juga pada tahun lalu telah menolak untuk menerima sebarang tawaran tertutup daripada pembeli yang berminat, jadi kapal itu ditawarkan melalui jualan konvensional pada akhir bulan Mac.

Walaupun terdapat minat dari pembeli tempatan dan asing, semua tawaran terlalu rendah, kata Beckett Superyachts.com di London.

Individu Amerika Syarikat merupakan antara yang memiliki kapal besar paling ramai, menurut broker hartanah dalam Laporan Kekayaan Knight Frank 2018.

Sementara golongan elit Arab Saudi pula memiliki kapal terpanjang.

Kerajaan Malaysia mahu melepaskan segera kapal mewah yang dibina pada tahun 2014 itu kerana terpaksa membiayai kira-kira RM3 juta sebulan untuk penyelenggaraan.- MalaysiaGazette

Komen