STOR MINYAK DI SERBU POLIS MARIN

STOR MINYAK DI SERBU POLIS MARIN

SEMPORNA 23 SEPT – Pasukan Polis Marin Semporna Wilayah 4 Sabah (PPM W4) telah melakukan satu serbuan Ke Atas Sebuah Rumah Kosong Tidak Bernombor Dan Tidak Berpenghuni Di Kawasan Kampung Pulau Kulapuan pada tengah malam semalam.

Semasa Pemeriksaan Dijalankan Telah Menjumpai 12 Jerikin Berwarna Biru Berisi Minyak Petrol Di Dalam Ruangan Stor Rumah Tersebut Yang Disyaki Hendak Diseludup Ke Negara Jiran Filipina.

ACP Hj. Mohammad Pajeri Bin Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berkata. hasil dari maklumat Unit Risikan Marin mendapati rumah tidak Berpenghuni ini digunakan sebagai stor barang kawalan.

Pihak kami masih lagi mengesan suspek yang menjadi dalang utama kepada aktiviti ini.

Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dibaca Bersama peraturan peraturan kawalan bekalan, jika sabit kesalahan boleh di denda satu juta perseorangan Dan penjara tiga tahun. Rampasan Dibawa Ke Pangkalan PPM Semporna Untuk Tindakan Selanjutnya.

Komen