SIASAT INSIDEN TUNGGANG PENYU – CHRISTINA

SIASAT INSIDEN TUNGGANG PENYU – CHRISTINA

Gambar seorang kanak-kanak pelancong ‘menunggang’ seekor penyu yang tular di Facebook dan Whatsapp. Gambar SNT/Media Sosial

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew mahu Pengarah Hidupan Liar Agustine Tuugu untuk menyiasat tindakan agensi pelancongan dan pengusaha bot membenarkan pelancong kanak-kanak ‘menunggang’ seekor penyu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Katanya tindakan menangkap penyu ke dalam bot, kemudiannya membenarkan kanak-kanak duduk di atas penyu tersebut adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Kita mengalu-alukan pelancong datang melawat negeri ini tetapi mereka perlu menghormati undang-undang yang ada.

“Penyu adalah sejenis spesies yang dilindungi di Sabah dan menjadi satu kesalahan sekiranya terdapat individu tidak menghormati atau mengancam haiwan berkenaan.

“Saya berharap pemandu pelancong, pengusaha bot termasuk pemandunya mahupun agensi pelancongan di sini perlu sedar mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis Perasmian Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Api-api di sini pada Isnin.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar percaya perbuatan tersebut disengajakan atau pihak terbabit tidak sedar akan kesalahan dengan tindakan seumpama itu. –SabahNewsToday

Komen