SHAFIE KEKAL KETUA MENTERI SABAH

SHAFIE KEKAL KETUA MENTERI SABAH

Shafie dikerumuni oleh pemberita selepas keluar dari bilik mahkamah. Gambar SNT/Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini menolak Saman Permulaan Tan Sri Musa Aman yang mencabar perlantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri.

Hakim Datuk Yew Jen Kie turut menolak Saman Permulaan Datuk Jahid Jahim yang mencabar perlantikan kabinet negeri yang di lantik oleh Shafie.

Beliau juga mengarahkan Musa dan Jahid membayar kos masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM15,000 kepada Shafie dan Tuan Yang Di Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Keputusan 47 mukasurat itu disampaikan oleh Yew selama satu jam setengah.-SabahNewsToday

Akan bersambung …

Komen