Sesi Dialog Isu Tanah pada 4 Oct Bersama Jabatan Tanah dan ukur Sabah

Sesi Dialog Isu Tanah pada 4 Oct Bersama Jabatan Tanah dan ukur Sabah

TAWAU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Tawau akan mengadakan satu sesi dialog mengenai isu-isu tanah yang dihadapi oleh rakyat khususnya di daerah Tawau ini bersama pengarah Jabatan Ukur dan Tanah Sabah, Datuk Safar Untong di Hotel Emas pada October 4, hari Khamis, pagi.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, YB Jimmy Wong Sze Phin berkata, sesi dialog tersebut akan bermula pada jam 10 pagi sehingga 12 tengahari pada hari tersebut yang mana Datuk Safar akan bertemu dengan rakyat khususnya mereka yang menghadapi sebarang isu tanah.

YB Jimmy, juga selaku wakil rakyat Dun Sri Tanjong, mengalu-alukan rakyat Tawau untuk mendapatkan peluang yang baik ini mengutarakan isu-isu atau masalah-masalah tanah yang mereka hadapi sekian lama tetapi ianya belum diselesaikan sehingga hari ini.

Beliau berkata, pengadu harus menyediakan salinan dokumen dan lampirkan maklumat hubungan mereka sebelum diserahkan kepada Jabatan Ukur dan Tanah Sabah pada hari tersebut.

“Di Tawau, memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai penduduk menghadapi isu-isu tanah sejak puluhan tahun tanpa diselesaikan sehingga hari ini. Isu-isu tanah merangkumi status tanah, tuntutan tanah, hak milik tanah dan sebagainya. Ia juga memberikan perhatian khusus kepada tuntutan tanah di Jalan Apas menuju ke lapangan terbang Tawau dan projek empangan air di Gudang Empat sini,” beliau berkata.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pembantu khas kepada YB Jimmy, Encik Koo Hung Eow atas talian 014-6503837, Encik Philip Yap 012-8013652, Encik Teo 013-8869628 atau Cik Liew 014-6760016.

Sumber: Fb page DAP Tawau

Komen