SERANG GURU – 6 SEKELUARGA TERMASUK PEMBANTU SEKOLAH DITAHAN, POLIS TEGASKAN NETIZEN PERLU HENTI KONGSI DAN SEBAR KOMEN ELAK GANGGU SIASATAN

SERANG GURU – 6 SEKELUARGA TERMASUK PEMBANTU SEKOLAH DITAHAN, POLIS TEGASKAN NETIZEN PERLU HENTI KONGSI DAN SEBAR KOMEN ELAK GANGGU SIASATAN

SEMPORNA; 1 NOVEMBER 2019 (Jumaat) – 6 individu termasuk dua wanita yang didakwa menyerang seorang guru susulan tular di media sosial baru-baru ini dalam satu kejadian di sebuah Tadika di Kampung Sungai Buaya di Semporna, sudah ditahan Polis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supritendan Sabarudin Rahmat yang dihubungi RTM berkata, kesemua suspek yang juga salah seorang adalah Pembantu di tadika berkenaan ditahan susulan laporan Polis yang dibuat mangsa wanita terbabit, 21 Oktober lepas.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek yang berumur 18 hingga 62 tahun itu mempunyai talian kekeluargaan dan serangan itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati Pembantu tadika terhadap guru wanita tersebut.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

RTM difahamkan, kejadian berlaku pada 21 oktober lepas kira-kira pukul 8 pagi, bagaimanapun satu kenyataan di Facebook berkenaan kejadian itu tular pada 30 Oktober lepas sehingga mendapat 2.6 ribu perkongsian dan Komen daripada netizen.

Kenyataan yang dikemukakan pengguna Facebook berkenaan disyaki menjelaskan situasi kejadian berlaku yang mendakwa kesemua suspek memukul mangsa dengan objek keras, mengambil telefon dan barang kemas serta mengugut untuk turut memukul suami mangsa.

Sehubungan itu, Superitendan Sabarudin menegaskan agar netizan tidak membuat sebarang komen-komen yang boleh menganggu siasatan sebaliknya saksi-saksi kejadian diharap tampil ke Balai Polis untuk membantu siasatan. -BESTAWAUfm

Komen