SERAMAI 34 MAHASISWA SABAH LANJUT PELAJARAN DI MESIR

SERAMAI 34 MAHASISWA SABAH LANJUT PELAJARAN DI MESIR

KAHERAH: Seramai 34 mahasiswa baharu Sabah tiba pada 25 April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di Mesir.

Ketibaan mereka diiringi oleh lima delegasi daripada Jabatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Pelajar Sabah tiba di Kaherah. Gambar SNT/Ihsan BKPSM

Rombongan itu diketuai, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS Ustaz Abd Rahman Talipudin bersama empat delegasi disambut oleh Pegawai Atase Pendidikan Sabah Al-Fadhil Ustaz Hafiz Datuk Dr. Hamzah Al-hafiz, bersama 20 Ahli jawatankuasa Tertinggi Badan Kebajikan Penuntut Sabah di Mesir (BKPSM).

Pada sebelah malamnya, Wisma Yayasan Sabah Kaherah bersama BKPSM mengadakan majlis sesi soal jawab bersama seramai 90 orang pelajar Sabah bertempat di Dewan Tun Mustapha Wisma Yayasan Sabah Kaherah.

Pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran di Kaherah. Gambar SNT/Ihsan BKPSM

Bercakap dalam majlis itu, Yang Dipertua BKPSM, Ahmad Hamdie Hajiri mengalu-alukan ketibaan pelajar baharu bagi sesi 2019-2020 bersama rombongan JHEAINS dan MUIS ke Mesir.

Katanya ini menunjukkan satu petanda baik kerana terdapat peningkatan jumlah kemasukkan pelajar Sabah menuntut di Mesir sekaligus Sabah tidak ketandusan dalam melahirkan pelajar cemerlang dalam tertentu di masa depan.

Kehadiran mereka bersama delegasi yang diketuai Ustaz Abd Rahman Talipudin menjadi satu asbab untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim kepada pelajar di sini selain melihat keperluan pelajar di sini (Mesir).

“Kunjungan dilihat terbukti menjadi motivasi serta semangat kami belajar secara bersungguh-sungguh sekaligus mampu mengwujudkan kesefahaman antara penaja serta pelajar, khususnya daripada semua mahasiswa Sabah yang ada di Mesir, katanya ketika dihubungi Sabahnewstoday.com di sini semalam.

Ahmad menambah, ini merupakan suatu titik permulaan serta cabaran yang mesti dihadapi mahasiswa Sabah agar lebih bersikap bersiap sedia mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran sekaligus mampu menjadi insan cemerlang dalam pelbagai bidang di masa depan.-SabahNewsToday

Komen