SEPASUKAN POLIS IPD TAWAU DARI POLIS BOMBALAI DAN PPK MEROTAI GEMPUR JUDI ONLINE

SEPASUKAN POLIS IPD TAWAU DARI POLIS BOMBALAI DAN PPK MEROTAI GEMPUR JUDI ONLINE

Tawau, 22 Jun 2019 – Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai dan PPK Merotai telah membuat serbuan terhadap satu rumah tidak bernombor dikawasan Merotai Besar.

Ketika serbuan dibuat, suspek seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang leka bermain telefon bimbit di dalam rumah ditahan untuk dibuat pemeriksaan. Anggota bertugas kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit milik suspek dan mendapati telefon tersebut mempunyai aplikasi Google yang IP addressnya memaparkan senarai pemain perjudian online. Kedua-dua suspek juga mengaku menjadi dalang sindiket perjudian online yang membawa untung berikutan penemuan beberapa keping wang ringgit pelbagai nilai di atas meja.

Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa balik ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Komen