Seorang Peserta LiSUS Dari Tawau Yang Dipanah Petir Meninggal Dunia

Seorang Peserta LiSUS Dari Tawau Yang Dipanah Petir Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Seorang daripada peserta Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) bagi acara futsal yang dipanah petir pada 13 Okt lepas, meninggal dunia.

Dalam satu kenyataan, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan Faizal Alli dari Sabah telah disahkan meninggal dunia sekitar 11 pagi tadi (Khamis).

“Beliau yang dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM) sejak petang 13 Okt lepas (Sabtu), menghembuskan nafas terakhir sekitar 11.02 pagi.

“KBS akan mengambil tindakan selanjutnya bersama-sama keluarga bagi urusan penghantaran pulang jenazah untuk dikebumikan di Tawau, Sabah.

“KBS juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata kenyataan itu, di sini. -borneosigts

Komen