Senarai Juara Dan Pemenang Konsert Gegar Vaganza (GV5) 2018.

Senarai Juara Dan Pemenang Konsert Gegar Vaganza (GV5) 2018.

Cabaran peserta dalam Gegar Vaganza Musim Ke-5 2018 kini telah tiba di penghujungnya dengan menyaksikan 6 peserta selesai membuat perhitungan terakhir.

Finalis GV 5 2018 iaitu Noryn Aziz, Maya Matahari, Dia Fadilla, Amelina, Zamani Slam dan Billy Zulkarnain telah berentap untuk merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta hadiah sampingan lain.

Konsert akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam.

Berikut ialah senarai RASMI kedudukan pemenang Konsert Gegar Vaganza (GV5) 2018 Akhir:

Juara: Noryn Aziz (Wang Tunai RM100,000 + Trofi)

Naib Juara: Dia Fadilla (Wang Tunai RM50,000 + Trofi)

Tempat Ketiga: Zamani Slam (Wang Tunai RM30,000 + Trofi)

Tempat Keempat: Amelina (Wang tunai RM20,000)

Tempat Kelima: Maya Matahari (Wang tunai RM15,000)

Tempat Keenam: Billy

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan juara Konsert Gegar Vaganza (GV5) edisi 2018.

Sumber

Komen