SELUDUP BARANG KAWALAN DICEKUP POLIS MARIN

SELUDUP BARANG KAWALAN DICEKUP POLIS MARIN

Tawau, 22 November 2018 – Barang kawalan dipercayai cuba diseludup telah berjaya dikesan oleh Pasukan Polis Marin Tawau semasa menjalankan operasi Op Landai kira-kira jam 4.15 petang kelmarin. Aktiviti penyeludupan barangan kawalan ini berjaya dipatahkan dan turut menangkap dua suspek di kawasan Pasar Besar Tawau.

ACP Mohamad Pajeri Bin Hj Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berkata, tangkapan dibuat hasil daripada maklumat risikan daripada Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin Tawau yang telah disalurkan kepada anggota yang sedang menjalankan operasi sehingga berjaya menghasilkan tangkapan tersebut.

” Pemeriksaan awal mendapati didalam Van tersebut terdapat seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun manakala Hilux pula seorang lelaki warga asing berusia 45 tahun dan mendapati sebanyak 12 dan 11 tong gas petroleum cecair (LPG) Petronas berada di bahagian belakang kedua-dua kenderaan tersebut. Siasatan awal juga mendapati pemilik mengakui barang tersebut tidak mempunyai permit sah serta sijil kelulusan dan lesen perniagaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Koperasi Kepenggunaan (KPDNKK). Pemilik juga mengakui barang tersebut untuk diseludup dan dipasarkan ke negara jiran” , katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dirampas sebuah Van Toyota Hiace dan Toyota Hilux. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM 79,980.00 . Rampasan dan tangkapan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau bagi siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: fb pasukan polis marin

Komen