SELUDUP 220 EKOR BUAYA, EMPAT LELAKI DITAHAN

SELUDUP 220 EKOR BUAYA, EMPAT LELAKI DITAHAN

TAWAU; 18 MEI 2019 (Sabtu) – Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau dan Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) menahan 4 lelaki dan berjaya menggagalkan penyeludupan masuk 220 ekor buaya di kawasan hutan bakau, Kampung Pasir Putih, Tawau, pagi tadi.

Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris yang dihubungi RTM berkata, bertindak atas risikan ESScom, 8 pegawai dan anggota dari JHL Tawau serta ESScom kemudian membuat satu serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi di Kawasan terbabit.

Katanya, empat lelaki masing-masing dua Warga tempatan dan dua warga Indonesia berumur 55 hingga 61 tahun ditahan semasa sedang memunggah turun Kesemua buaya yang diletakkan di dalam guni dari sebuah bot.

Menurut Sailun, kesemua buaya berkenaan dipercayai diseludup dari Indonesia dan pihaknya tidak menolak kemungkinan semua buaya itu diseludup untuk tujuan pasaran tempatan.

Jelasnya, kesemua tangkapan kini direman 24 jam manakala buaya berkenaan turut dirampas untuk siasatan lanjut dibawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

#BESTAWAUfm

Komen