Sejarah asal usul nama Merotai di Tawau Sabah

Sejarah asal usul nama Merotai di Tawau Sabah

Asal usul perkataan “Merotai” bermula dari istilah yang dikeluarkan oleh suku kaum Tidung yang pergi mencari rotan dalam hutan. Pencarian berakhir dengan terjumpanya mayat seorang lelaki dari suku kaum Murut di pertembungan sungai. Pencari rotan mengeluarkan “Murut Matoi De Hutan”dalam erti kata “Murut Mati Di Hutan”.Perkataan ini telah diubah suai mengikut zaman dalam bahasa melayu iaitu “Merotai”. Maka terhasillah Merotai. Merotai Besar pula terhasil daripada pertembungan sungai besar dan sungai kecil yang mengalir kearah Merotai Kecil. Kejadian ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1930an.

Menuju kearah pentadbiran yang lebih sitematik dan teratur kepada kampung-kampung kecil yang pernah wujud suatu masa dahulu, di dalam Kampung Merotai Besar sendiri dibahagikan kepada kumpulan kampung asli (sejak 1930an) kecil yang terdiri daripada Kg. Tanah Merah , Kg. Pangkalan Asli, Kg.Durian, Kg Langsat, Kg Kijang, Kg. Jagung. Kg. Simpang Tiga, Kg. Iban, Kg. Kuala Merotai Dan Kg. Pekan Merotai Besar.

sumber : muvoiceblogsport.com

Komen