SEBUAH RUMAH TERBAKAR DI FELDA UMAS-UMAS

SEBUAH RUMAH TERBAKAR DI FELDA UMAS-UMAS

Keadaan rumah yang terbakar di Felda Umas-Umas. – Gambar SNT/Ehsan Bomba

TAWAU: Sebuah rumah jenis separuh kekal di Felda Umas-Umas dekat sini terbakar malam kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Hajim Abd Malak berkata tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut.

Menurutnya seramai sembilan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda Umas-Umas bertindak awal mengendalikan operasi pemadaman kebakaran tersebut sebelum bomba mengambil alih setibanya di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba memastikan api padam sepenuhnya sehingga kawasan diisytihar selamat. Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan.

“Bagaimanapun rumah itu telah terbakar kira-kira 90 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya operasi memadamkan api terkawal pada pukul 9.15 malam dan tamat sepenuhnya pukul 10.08 malam.

Sementara itu, Hajim berkata BBP Tawau menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 8.05 malam dan menggegaskan seramai enam anggota ke lokasi kejadian. – SabahNewsToday

Komen