SEBUAH RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI LAHAD DATU

SEBUAH RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 16 OGOS 2019 (Jumaat) – Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cocos Lahad Datu, semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PBK II Julkifli Harry yang dihubungi pemberita RTM berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kebakaran itu kira-kira pukul 9.27 malam. Lapan anggota bersama jentera kemudian respon ke lokasi kejadian.

Katanya, api berjaya dikawal daripada terus merebak pada 9.46 malam sebelum menamatkan sepenuhnya operasi pukul 11.19 malam selepas memastikan kawasan sekitar selamat.

Jelas Julkifli, kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kejadian masih dalam siasatan.

#BESTAWAUfm

Komen