SATU BLOK RUMAH PEKERJA 8 PINTU MUSNAH TERBAKAR

SATU BLOK RUMAH PEKERJA 8 PINTU MUSNAH TERBAKAR

TAWAU; 10 JUN 2019 (Isnin) – Satu blok rumah pekerja lapan pintu berukuran 60 x 100 kaki persegi musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Air Panas Tiku, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan media berkata, sebaik menerima panggilan berkenaan kebakaran itu, sepasukan 13 anggota diketuai PBKII Syed Salipudin dari Balai Bomba Penyelamat Tawau respon ke lokasi kejadian melalui jarak sejauh 11 kilometer menggunakan 2 FRT dan sebuah tanker.

Sebaik tiba, pasukan Bomba kemudian memulakan operasi memadam sebelum api berjaya dikawal kira-kira 4.26 petang.

Menurut kenyataan, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dan Operasi seterusnya di tamatkan pukul 6.02 petang.

#BESTAWAUfm

Komen