Sabah, Sarawak dapat lebih banyak

Sabah, Sarawak dapat lebih banyak

BELANJAWAN 2019 | Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengumumkan peruntukan yang lebih banyak untuk Sabah dan Sarawak di bawah Belanjawan 2019 berbanding di bawah Belanjawan 2018 di bawah BN sebelum ini.

Dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2019 hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan RM5,009 juta diperuntukkan untuk Sabah, iaitu RM876 juta lebih tinggi berbanding pada 2018.

Bagi Sarawak pula, RM4,346 juta telah diperuntukkan berbanding RM4,336 juta pada belanjawan sebelum ini, iaitu tambahan RM10 juta.

Lim turut mengumumkan hasrat kerajaan untuk meneruskan projek Lebuhraya Pan Borneo dan menaiktaraf infrastruktur asas negeri itu.

“Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak tertakluk kepada kajian rasionalisasi kos.

“Di samping itu, projek di Sabah dan Sarawak akan merangkumi pembinaan dan penaiktarafan infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan, serta pembangunan koridor ekonomi masing-masing,” katanya.

-malaysiakini

Komen