Sabah kaji semula Pan Borneo, bakal laksana penstrukturan baharu

Sabah kaji semula Pan Borneo, bakal laksana penstrukturan baharu

LAHAD DATU: Kerajaan Negeri Sabah sedang mengkaji semula pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Insfrastruktur Datuk Peter Anthony.

Menurut beliau, kajian semula itu bagi membolehkan penstrukturan baharu dilaksanakan pada masa terdekat.

Semua pelaksanaan ini akan dikemukakan sepenuhnya kepada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sabah ekoran berlakunya ketirisan, katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Sayangi Lahad Datu @Silam di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Baru Bian berkenaan kelewatan pelaksanaan Projek Pan Borneo sehingga 36 peratus.

Kajian semula itu bagi membolehkan penstrukturan baharu dilaksanakan pada masa terdekat. – Foto fail Bernama

Anthony berkata kementeriannya telah menghantar surat prmohonan kepada Kementerian Kewangan dan percaya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sudah maklumkan kepada Perdana Menteri berkenaan masalah ini.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga bercadang untuk mengeluarkan pembabitan Syarikat Borneo Highway (BHP) PDP Sdn Bhd yang dilantik sebagai kordinator untuk pelaksanaan projek lebuhraya itu dan akan diambil oleh Jabatan Kerja Raya di bawah Kementerian Infrstruktur Sabah.

— Bernama

Komen