Rumah api tinagat

Rumah api tinagat

Rumah Api Tinagat yang terletak di Bukit Tinagat Batu Payung merupakan satu khazanah atau peninggalan sejarah yang masih kukuh fizikalnya sehingga hari ini.

Rumah api yang dibina pada 1916 oleh semasa penjajahan British yang bertujuan menjadi petunjuk arah kepada kapal-kapal laut yang menyusur Teluk Traulsen menuju ke pusat pentadbiran di dataran tanjung. Dengan ketinggian 9 meter, Rumah Api Tinagat ini telah berusia 103 tahun pada tahun ini.

Rumah Api Tinagat ini pernah diserang oleh pesawat pesawat enjin Mitsubishi di kenali sebagai “Zero Fighter” yang sehingga hari ini meninggalkan sedikit kesan peluru pesawat itu tetapi sedikit berjaya dipulihkan dengan menutup lubang kesan peluru.

Pada tahun 2007 penggunaan Rumah Api Tinagat ini dihentikan dan digantikan dengan sebuah menara rumah api setinggi 30 meter yang terletak berhampiran dengan Rumah Api Tinagat.

Kawasan Rumah Api ini dijaga dan dikawal oleh pasukan keselamatan dan Jabatan Laut Sabah.

Komen