ROYAL BRUNEI AIRLINES LANCAR PENERBANGAN SULUNG KE TAWAU, BEROPERASI ENAM KALI SEMINGGU

ROYAL BRUNEI AIRLINES LANCAR PENERBANGAN SULUNG KE TAWAU, BEROPERASI ENAM KALI SEMINGGU

TAWAU; 11 NOVEMBER 2019 (Isnin) – Penerbangan sulung Royal Brunei Airlines (RBA) ke Tawau dilihat sebagai antara alternatif terbaik bagi pelancong berkunjung ke Pantai Timur Sabah termasuk Tawau.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew, umum diketahui Tawau merupakan pintu masuk ke Semporna selain turut mempunyai tarikan yang tersendiri.

Antaranya, keindahan alam semula jadi di Taman Bukit Tawau serta di Kampung Balung Cocos.

Christina yang juga Menteri pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Penerbangan Sulung Royal Brunei Airlines (RBA) di Lapangan Terbang Tawau.

Teks ucapanya dibacakan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Noredah Othman.

Menurut Noredah, Penerbangan sulung Royal Brunei Airlines (RBA) ke Tawau yang dilancarkan malam tadi diharap dapat mencapai sasaran 4-juta pelancong ke Sabah, tahun ini.

Beliau berkata, penerbangan yang beroperasi enam kali seminggu yang bermula pada hari ini untuk perjalanan pergi dan balik dengan tempoh penerbangan selama kira-kira satu jam itu akan melonjakkan industri pelancongan Sabah.

Menurut Noredah, setakat ini dua penerbangan antarabangsa ke Tawau iaitu dari Tarakan, Indonesia dan terbaharu Seri Begawan, Brunei.

Harapan sama turut disuarakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Jimmy Wong agar penerbangan sulung berkenaan turut memberi impak Positif kepada Tawau.

Turut hadir, Pengurus Besar Malaysia Airports Sendirian Berhad, Kamaruzzaman Razali, Naib Presiden Kanan RB, Louis Du Plessis. -BESTAWAUfm

Komen